Wednesday, June 22, 2011

daging dibuat dari najis manusia! WOW!

assalamualaikum dan selamat malam semua..mlm ni gades habiskan mase untuk blogwalking sajee..hehheee. mase blogwalking tdy,gades jumpa tentang daging di buat dengan najis manusia..menarik kan?menurut sumber, orang jepun cipta daging ni..memang agak jijik la tgk cara dia proses..

TOKYO | Penyelidik dari Jepun nampaknya agak 'berlebihan' dalam menerapkan prinsip kitar semula. Kenapa tidak, mereka telah memutuskan untuk mencipta daging steak yang dibuat dari najis manusia.

Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Okayama Laboratory, mendapatkan idea aneh ini selepas menerima permohonan badan pengendali Tokyo Sewage kepadanya untuk mencari kaedah yang dapat memanfaatkan sisa kumbahan di bandar itu.

Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.

p/s: maaf sangat2, gmbar tak boleh diupload..mungkin ade mslah sikit kot..tuhan je yang tauuu..



No comments:

Post a Comment