dalam MALAYSIAKINI bagitau..
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).
Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.
Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.
"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
ada orang cakap yang 1Malaysia ni hanyalah semata2 untuk menindas orang2 melayu.. dan menaikkan orang berbangsa cina. india? gades xtau okayy~ yelah, sejak ade 1Malaysia ini, korang perasaan tak yang Malaysia dah riuh-rendah pasal isu ni..knape PM kita tak explainkan semua ni? urm, mcm2 dgn dunia skrng..
p/s:MALAYSIAKINI bagitau tugu 1Malaysia yang terpacak di kampung2 or bandar mcm batu berhala >.<
No comments:
Post a Comment