Wednesday, August 3, 2011

hukum pakai lens ketika puasa.

Assalamualaikum semua ,

gades pening sangat bila melibat kan bab2 membatalkan puasa..gades dah lame serach tentang memakai lens ketika puasa.. ada yang mengatakan pakai lens ni membatalkan puasa.. dan ade juga mengatakan tak membatalkan puasa..

tapi hari ni gades nk buat entry lain sikit okayy,


Soalan:
Saya ingin bertanya apakah hukumnya samada batal atau tidak puasa saya sekiranya saya memakai kanta sentuh (contact lens) ketika berpuasa kerana saya perlu menitiskan ubat 
mata (lens drop) apabila mata saya kering?



Jawapan:
Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.
Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:
“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”

Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Majma’ Feqah Islami dalam satu persidangannya, bahawa sesuatu yang dimasukkan ke dalam mata seperti titisan ubat tidak membatalkan puasa. Ia juga adalah pendapat yang pernah ditarjihkan oleh Ibn Taimiyyah.
Maka, tidak mengapa memakai contact lens ketika puasa. Walaupun ketika memakainya, ada cairan solution yang mungkin masuk dalam rongga mata. Ia bukannya makanan dan bukan minuman, dan tidak boleh disamakan dengannya pada hukum.
Wallahu a'lam..
-ibnumustafa-


p/s: sesiapa yang ada bantah boleh kemukakan kerana gades ingin meminta pendapat orang ramai tentang penggunaan lens pada bulan puasa... selamat berpuasa semua! assalamualaikum:)


No comments:

Post a Comment